BIODATA PENAUNG
HABIB MAHDI ABU BAKR AL-HAMID
Mahdi bin Abu Bakr bin Mahdi Al Hamid atau lebih dikenali dengan Habib Mahdi adalah ulamak muda bernasab dengan Rasulullah SAW dari galur keluarga Al Hamid.
โ Dilahirkan pada 23 Ramadhan 1395H bersamaan 14hb Mac 1976
di perkampungan Seihut di negeri Al Mahara Yaman.
โ Sudah berumahtangga dan dikurniakan 5 orang cahaya mata.
PENDIDIKAN
Pada tahun 1983, beliau memulakan pengajian ilmu Al Quran di Masjid Jamiโ Bakret dari Syeikh Muhammad bin Ahmad bin Hajar Ba Amir yang merupakan Qadhi dikawasan Seihut.
Disana beliau juga menuntut ilmu dengan tiga ulamak Mesir lulusan Universiti Al Azhar iaitu:-
โ Syeikh Abdul Fatah Al Azhari
โ Syeikh Muhammad bin Abdul Latif Al Azhari
โ Syeikh Redho Al Azhari.
Pada tahun 1993, beliau mula menuntut ilmu dengan Al Allamah Habib Umar bin Muhammad bin Hafidz di Rubat Al Mustafa, di Syihir Hadramawt Yaman sambil meneruskan pengajian Thanawi (Menengah) di Seihut. Disamping menuntut ilmu, beliau juga diminta untuk mengajar ilmu Al Quran di Rubat Al Mustafa.
Pada tahun 1997, beliau berpindah ke Dar Al Mustafa Tarim, Hadramawt, untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Ilmu Syariah (Tafsir, Hadith, Tasauf, Fekah dan Tauhid). Setelah itu, beliau meneruskan pengajian khusus selama 3 tahun dalam bidang Sejarah Islam, Sirah Nabawiyah dan Tarikh Islamiyah. Pada waktu yang sama, beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Muda di Universiti Sanaโa dalam bidang Dirasat Al Islamiyah.
Setelah itu, beliau dilantik menjadi guru di Sekolah Menengah Dar Al Mustafa selama 3 tahun. Kemudian beliau dipindahkan ke Bahagian Penerangan dan Media Dar Al Mustafa dan menyandang jawatan sebagai Timbalan Pengarah selama 4 tahun.
GURU-GURU BELIAU
Habib Umar bin Muhammad bin Hafidz
Beliau juga menetap bersama dengan Al Habib Umar bin Hafidz dan mendapat pendidikan khusus dan tarbiyah langsung dari Al Habib sendiri selama 13 tahun.
ANTARA GURU-GURU BELIAU YANG LAIN ADALAH:-
โ Habib Ali Masyhur bin Muhammad bin Hafidz
โ Habib Hassan bin Abdullah As Syatiri
โ Habib Salim bin Abdullah As Syatiri
โ Habib Abdullah bin Syihab
= Habib Abdul Qadir Jailani Masyhur
โ Syeikh Salim bin Mubark Al Wafi
โ Habib Ali Zainal Abidin bin Abdul Rahman Al Jufri
โ Habib Musa Al Kadzim As Seggaf
โ Syeikh Umar bin Hussien Al Khatib
โ Syeikh Salim bin Ahmad Al Khatib
โ Habib Zeid bin Abdul Rahman bin Yahya
โ Syeikh Muhammad bin Ahmad Baโamir
SUMBANGAN PENULISAN
โ Menerbitkan majalah Majmuโ ul Khair dan Ad Dhiya.
โ Menulis artikel-artikel dakwah untuk dimuatkan kedalam surat khabar dan majalah-majalah di Yaman.
โ Mengarang kitab Amanah Al Tarbiyah yang didalamnya mengandungi beberapa jilid (siri) khusus dalam mendidik kanak-kanak dan remaja. Antara pengisian dalam kitab ini adalah himpunan cerita-cerita pendek yang mengandungi kisah dan tauladan beberapa auliyaโ terdahulu pada zaman kanak-kanak mereka.
PENGLIBATAN DAKWAH DAN KEMASYARAKATAN DI AL-YAMAN
โ Mengasaskan Persatuan Kemasyarakatan dan Dakwah
โ Menubuhkan Majlis Taโlim di Mahrah
โ Mengasaskan Persatuan Hirij At Thaqafi Al IjtimaโI
โ Menjadi ahli jawatankuasa Persatuan Al Biah Al Mustofawiyah yang diasaskan oleh
Habib Umar bin Muhammad bin Hafidz.
PENGALAMAN DAN PENGLIBATAN DAKWAH DI MALAYSIA
โ Pengasas Maahad Tahfiz Dar Tarim, Malaysia
โ Menjadi mudir di Madrasah Anwar Al Batul (cawangan Dar Az Zahra Tarim, Yaman)di Subang Bestari dari 2015 sehingga sekarang.
โ Pengasas bagi Majlis Az Zikrul Hakim (Melaka, Selangor, Perak, Kedah, Negeri Sembilan dan Johor)
โ Pengasas dan memimpin Majlis Taโlim Nur Al Kitab wa As Sunnah
โ Menjadi mudir di Madrasah At Tazkiyah (cawangan Dar al Mustafa Tarim, Yaman) di USJ 1, Subang Jaya dari tahun 2011 sehingga 2014
โ Menyampaikan ceramah di masjid-masjid disekitar Lembah Klang, Kuala Lumpur, Melaka, Perak, Kedah dan Johor)
โ Mengadakan program Kembara Dakwah diseluruh Malaysia dan Singapura โ Mengadakan dauroh/kursus bagi tenaga pengajar di Malaysia, Singapura dan Indonesia.