Al-Mustofa House (AMH) telah dibuka atas isyarah dari Guru Besar kita Al Habib Umar bin Hafidz, untuk menyediakan tarbiyah awal buat anak-anak berusia 4-11 tahun, sebelum mereka meneruskan pembelajaran ke peringkat seterusnya.
AMH telah dibuka pada Januari 2023 di Denai Alam, Shah Alam, Selangor.
AMH berada di bawah naungan Habib Mahdi Al-Hamid dan Hubabah Ummu As-Siddiq, iaitu kedua-duanya merupakan penaung Maahad Tahfiz Dar Tarim & Madrasah Anwar Batul.
MENGENAI AL-MUSTOFA HOUSE
VISI
Al-Mustofa House merupakan tadika dan sekolah yang berperanan
untuk mendidik kanak-kanak dengan pendidikan Islam yang mantap
daripada sudut ilmu, amalan, adab, akhlak, tingkah laku dan pemikiran.
Visi kami adalah menanam warisan kenabian untuk disebarkan
kepada seluruh umat.
MISI
Menanamkan keagungan Islam kedalam hati kanak-kanak dan mendidik mereka dengan keimanan.
Menanam ke dalam hati kanak-kanak kecintaan kepada Allah dan kecintaan kepada Rasulullah, dan cintakan kebaikan untuk setiap orang.
Mengajarkan Al-Quran dan menguasai asas Bahasa Arab dari umur kanak-kanak serta mempraktikkannya dan ini merupakan
keistimewaan tadika dan sekolah ini.Mengajarkan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sehingga fasih agar dapat berkomunikasi dan bergaul dengan masyarakat
serta meraikan perbezaan kaum, dan menghadapi perbezaan idea dengan mengikut panduan syariat yang tepat.Mendidik kanak-kanak tentang akhlak kenabian yang agung dan perilaku yang baik mengikut pemimpin yang paling agung, Rasulullah .
Memelihara kesihatan kanak-kanak dan membimbing mereka kepada perkara yang memberi manfaat terhadap mental dan fizikal.
Menitikberatkan kemahiran berfikir dan melatih deria kanak-kanak untuk memerhati dan memahami keadaan persekitaran.
Melatih kanak-kanak untuk berdikari dan tidak bergantung kepada orang lain dalam setiap perkara serta tidak terlalu memanjakan mereka
pada perkara yang tidak perlu.Memberi kanak-kanak rasa selamat serta melindungi fitrah mereka dan menggalakkan perkembangan mental, fizikal dan rohaninya melalui persekitaran yang baik.
Memberi pendedahan terhadap suasana persekolahan supaya mereka bersedia menghadapi peringkat seterusnya yang lebih tinggi.