SOALAN-SOALAN LAZIM (FAQ)

  • Bagaimanakah cara mendaftar?

    Pertama sekali, boleh mengisi maklumat di link E-Pendaftaran yang akan membawa anda ke peranti Awfatech. Isi maklumat di situ. Kemudian boleh menghubungi nombor Whatsapp kami untuk pengesahan, atau tunggu dihubungi.

  • Di manakah premis sekolah?

    Premis Tadika & pelajar Banin Primary adalah di Denai Alam, Shah Alam, Selangor.

    Premis Banat Primary adalah di Subang Bestari, Shah Alam, Selangor.

  • Adakah sekolah menyediakan khidmat pengangkutan?

    Ya, khidmat pengangkutan akan disediakan bagi tahun 2025. Pengangkutan akan membawa pelajar-pelajar Banin & Tadika, dari Subang Bestari ke Denai Alam. Pelajar Banat yang memerlukan pengangkutan dari Denai Alam ke Subang Bestari boleh menghubungi pihak sekolah untuk dibincangkan.

  • Apakah silibus yang digunakan di peringkat Primary?

    Silibus Primary bertumpu pada persediaan awal menuju pengajian tradisional.

    Tumpuannya adalah pada hafazan matan hadis, hafazan juz 30 dan matan aqidah. Subjek-subjek lain termasuk Adab dan Sirah.

    Selain daripada itu, asas akademik (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Jawi, Sains, Matematik) turut ditekankan, dengan menggunakan kaedah holistik.

  • Adakah sekolah menyediakan makanan?

    Ya, kami menyediakan untuk pelajar makanan sarapan pagi, tengahari dan makanan petang (bagi pelajar full day sahaja).

  • Adakah sekolah mengambil anak-anak yang masih memakai lampin untuk Tadika?

    Maaf, kami tidak menerima murid tadika yang masih memakai lampin (pampers). Walaubagaimanapun, kami boleh membimbing mereka dalam beristinjak.

  • Apakah silibus yang digunakan di peringkat Tadika?

    Kurikulum tadika berketepatan dengan keperluan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), di samping silibus gubahan Al-Mustofa House yang menekankan Sirah, Syamaโ€™il, dan Sunnah Rasulullah ๏ทบ.

    Penekanan diberikan kepada penguasaan 4M: Membaca, Menulis, Mengira, Menaakul. Pengajaran dijalankan secara bertema dan holistik, serta didikan akhlak dan adab berjalan bersama pembelajaran dalam bermain.

    Subjek-subjek termasuk asas Pengajian Islam, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Jawi dan Bahasa Arab, serta bacaan BM, BI, dan Iqraโ€™, serta hafazan doa dan ayat-ayat lazim.

  • Adakah sekolah menyediakan asrama?

    Tidak, Al-Mustofa House hanya melaksanakan program sekolah harian. Asrama hanya bermula di peringkat seterusnya bersama Maahad Tahfiz Dar Tarim (Banin 11 tahun ke atas) dan Madrasah Anwar Al-Batul (Banat 13 tahun ke atas).

  • Bolehkah anak saya masuk untuk sesi percubaan (Trial)?

    Ya, sesi percubaan (trial) ditawarkan untuk tempoh 1 bulan, dengan bayaran yuran sebulan (non refundable). Tempoh sebulan adalah yang terbaik disarankan oleh mudirah untuk melihat impak keseluruhan.